Monday, March 2, 2009
"Apakah itu KHUNSA???"
Assalamualaikum, Dalam dunia ini, sejak zaman dahulu kala, manusia itu tidak sama.Suatu kenyataan, realiti yang tidak boleh disanggah.Allah menciptakan makhlukNya berbagai rupa dan karakter.Di sana ada yang menghayun jala setiap hari, di sini ada yang memegang jarum dan ubat, di ceruk situ ada yang jarinya putih disalut kapur tulis, di penjuru itu ada tubuh yang kecut menahan dingin dinihari meneruskan penorehan.Di sini ada yang dingin juga, tetapi dalam 'air-cond' yang dimuatkan dalam bilik yang luas, penuh aksesori hasil buatan dari pelbagai 'sources', kayu jati..kayu cengal, tembaga...in a short, kita perlu mengiakan bahawa kita ini diwujudkan dalam senario yang pelbagai.
Kiranya kita melihat di sudut perubatan, bayi yang dilahirkan merah kulitnya pun tentunya berbeza.Segala puji bagi Allah, ada yang cukup sifatnya, dikurniakan kaki yang lurus betul, dua tangan yang bergerak dengan sempurna, cukup bilangan jarinya, hidung yang lengkap, mulut yang tertutup rapat.Namun ada kalanya Dia menguji dengan kurangnya di salah satu sudut pada sebatang tubuh yang dilahirkan.Salah satu darinya ialah dibekalkan dengan dua ciri jantina dalam satu masa.
Tentu kita pernah mendengar istilah khunsa, iaitu kedua2 ciri lelaki dan perempuan ada pada seorang individu.CAH adalah salah satu penyebab lahirnya keadaan bayi yang seperti ini.Ia disebabkan kekurangan enzim dalam bayi tersebut yang perlu untuk menghasilkan hormon dalam tubuh manusia yang normal, iaitu cortisol dan aldosteron.Rentetan kurangnya enzim ini, maka penghasilan hormon tersebut terbantut.Keadaan ini akan menyebabkan badan bertindak balas pada kalenjar adrenal yang merupakan tempat penghasilan hormon ini untuk meningkatkan jumlah sel padanya dengan harapan lebih banyak peluang untuk hormon ini dihasilkan.Maka terjadilah keadaan yang dinamakan adrenal hyperplasia.Congenital merujuk kepada penyakit yang wujud sejak lahir.Justeru apa kaitannya dengan khunsa ?
Jalan penghasilan hormon ini juga turut dilalui bersama jalan untuk menghasilkan hormon testosteron iaitu suatu hormon androgen yang akan menyebabkan sifat kelakian.Apabila jalan penghasilan hormon cortisol dan aldosteron tersekat, maka ia akan mencari jalan lain yang tinggal untuk ia terus berfungsi.Lantas oleh sebab hanya jalan penghasilan testosteron satu2nya yang tinggal, maka banyaklah bahan yang akan melalui jalan ini.Ibaratnya begini...kiranya kita pulang berhari raya.Sampai satu cabang empat, kita lihat kedua2 lorong kanan dan hadapan sesak, tiada ruang yang ada sebab mungkin lampu trafik di cabang hadapan lagi tidak berfungsi dengan baik menyebabkan kereta semuanya tidak dapat maju bergerak dengan lancar.Jadi yang tinggal hanyalah jalan kiri.Maka tidak dapat tidak, terpaksalah kita lalui juga jalan itu dengan harapan ada jalan keluar di hadapan.Samalah juga dengan fungsi 'substance' di adrenal ini.Terpaksalah ia lalui jalan untuk menghasilkan testosteron.Akhirnya akan bertimbunlan testosteron dalm badan bayi tersebut.Maka sifatnya juga akan mula menunjukkan ciri2 kelakian walaupun sebenarnya mungkin jantina asalnya adalah perempuan.
Maha suci Allah...segala kebesaran, keagungan hanya milikNya.Yang menguasai setiap denyut nadi hambaNya.
*p/s: Untuk Renungan Kita Bersama
"Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yasmin ahmad salah satu contohnyeeee :P
ReplyDeletesila baca dalam blog Lebai
ReplyDeletetq