Monday, March 2, 2009

"Apakah itu KHUNSA???"


Assalamualaikum, Dalam dunia ini, sejak zaman dahulu kala, manusia itu tidak sama.Suatu kenyataan, realiti yang tidak boleh disanggah.Allah menciptakan makhlukNya berbagai rupa dan karakter.Di sana ada yang menghayun jala setiap hari, di sini ada yang memegang jarum dan ubat, di ceruk situ ada yang jarinya putih disalut kapur tulis, di penjuru itu ada tubuh yang kecut menahan dingin dinihari meneruskan penorehan.Di sini ada yang dingin juga, tetapi dalam 'air-cond' yang dimuatkan dalam bilik yang luas, penuh aksesori hasil buatan dari pelbagai 'sources', kayu jati..kayu cengal, tembaga...in a short, kita perlu mengiakan bahawa kita ini diwujudkan dalam senario yang pelbagai.

Kiranya kita melihat di sudut perubatan, bayi yang dilahirkan merah kulitnya pun tentunya berbeza.Segala puji bagi Allah, ada yang cukup sifatnya, dikurniakan kaki yang lurus betul, dua tangan yang bergerak dengan sempurna, cukup bilangan jarinya, hidung yang lengkap, mulut yang tertutup rapat.Namun ada kalanya Dia menguji dengan kurangnya di salah satu sudut pada sebatang tubuh yang dilahirkan.Salah satu darinya ialah dibekalkan dengan dua ciri jantina dalam satu masa.

Tentu kita pernah mendengar istilah khunsa, iaitu kedua2 ciri lelaki dan perempuan ada pada seorang individu.CAH adalah salah satu penyebab lahirnya keadaan bayi yang seperti ini.Ia disebabkan kekurangan enzim dalam bayi tersebut yang perlu untuk menghasilkan hormon dalam tubuh manusia yang normal, iaitu cortisol dan aldosteron.Rentetan kurangnya enzim ini, maka penghasilan hormon tersebut terbantut.Keadaan ini akan menyebabkan badan bertindak balas pada kalenjar adrenal yang merupakan tempat penghasilan hormon ini untuk meningkatkan jumlah sel padanya dengan harapan lebih banyak peluang untuk hormon ini dihasilkan.Maka terjadilah keadaan yang dinamakan adrenal hyperplasia.Congenital merujuk kepada penyakit yang wujud sejak lahir.Justeru apa kaitannya dengan khunsa ?

Jalan penghasilan hormon ini juga turut dilalui bersama jalan untuk menghasilkan hormon testosteron iaitu suatu hormon androgen yang akan menyebabkan sifat kelakian.Apabila jalan penghasilan hormon cortisol dan aldosteron tersekat, maka ia akan mencari jalan lain yang tinggal untuk ia terus berfungsi.Lantas oleh sebab hanya jalan penghasilan testosteron satu2nya yang tinggal, maka banyaklah bahan yang akan melalui jalan ini.Ibaratnya begini...kiranya kita pulang berhari raya.Sampai satu cabang empat, kita lihat kedua2 lorong kanan dan hadapan sesak, tiada ruang yang ada sebab mungkin lampu trafik di cabang hadapan lagi tidak berfungsi dengan baik menyebabkan kereta semuanya tidak dapat maju bergerak dengan lancar.Jadi yang tinggal hanyalah jalan kiri.Maka tidak dapat tidak, terpaksalah kita lalui juga jalan itu dengan harapan ada jalan keluar di hadapan.Samalah juga dengan fungsi 'substance' di adrenal ini.Terpaksalah ia lalui jalan untuk menghasilkan testosteron.Akhirnya akan bertimbunlan testosteron dalm badan bayi tersebut.Maka sifatnya juga akan mula menunjukkan ciri2 kelakian walaupun sebenarnya mungkin jantina asalnya adalah perempuan.

Maha suci Allah...segala kebesaran, keagungan hanya milikNya.Yang menguasai setiap denyut nadi hambaNya.


*p/s: Untuk Renungan Kita Bersama

"Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir"

"Kalo MARA masuk 3K, ape aku nak beli???"


Hahahahah... Pasal MARA ni pon aku nak tergelak gak. Tadi aku ym ngan budak-budak. Aku cakap dengan diowng yang MARA dah masuk dah, 3K lg. Diowng punya la kecoh macam nak pecah dah ym tu. Semua dok buzz aku, msg aku tnya btol ke dah masuk. heheheh... Yang tak penah2 msg aku pon msg skali :)). hahhahah... Tapi memang betul la, tak de MARA sape la kita. Boleh mati oww..

Kalo betul MARA masuk 3K, ap kowng nak beli??? Kalo aku la, aku nak beli macam-macam. Tapi, kena la ingat kalo kite dapat 3K, kiter dah tak akan dapat lagi, so kene la budget duit tu untuk kite cari keje nanti(tak kan nak harap duit mak bapak je. heheheh...)

Duit masuk 3K aku terus.....
  1. Bayar hutang dulu(kalo kite mati sape nak bayar untuk kite)
  2. Repair moto nak balik minggu depan.(kalo x masuk 3k pon aku kne repair gak, huhuhuh..)
  3. Cash kan Moto kesayangku LC135 (lagi setaun je baek cash kan)
  4. DSLR kalo nak la nnti.
  5. Tokok duit untuk kuar kete, kete ape, x leh bagi tau la. (hehehehe)
  6. Lebih bagi Mak.
Tu la die benda yang aku nak buat kalau dapat 3K nnti, hehheheheh.... benda macam ni kite kenela rancang dulu. Bukan aper, Taku kite akan menyesal 1 hari nanti. Ok la, nnti aku sambung lagi dengan isu2 yang hangat lagi.

*p/s: Untuk Renungan bersama
"Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah"

Sunday, March 1, 2009

"Cuti yg membosankan"

Cuti minggu ni entah ape-ape entah. Aku pon tak paham, asyik-asyik duduk kat rumah je. Balik-balik mengadap muka-muka member dekat rumah tu(dah 3 tahun kot, hehehe...).Ni semua sebab MARA, huhuhu..., sebab MARA la aku jadi macam ini, hak3...

Hari sabtu hari tu, ade la aku GIG... hahahha... Tak baper best sangat kat ipoh ni. Tapi bole la. Aku pergi dengan budak rumah(aku, ustat, hud, sopi). Relax je dengan berbekalkan 2ringgt je. hahahahah.... Yang laen semua "PAW" hehehhe... dapat la masuk free gig tu, tu pon sbb mmber jaga, kalau tak jangan harap la. heheheh... Sampai dekat maghrib gak la aku lepak sana, kalau tak, nak balik awal, masalahnya hujan plak, dah aku ngn ustat terperangkap dalam hujan. huhuhuhuh...

Menyirap gak tnggu, ap lagi, redah sudah...hehehheh... minggu tu la aku dapat kuar skali. Kalo tak dok umh termenung, tido, maen DOTA je. hehheheh...

Ok la.. nnti aku sambung lagi k...

*p/s: Untuk renungan bersama

"Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya menarik hati rakyat dan rakyat pula sayang terhadapnya"

Thursday, February 26, 2009

"Anderson 100th"

Assalamualaikum,Akhirnya tamatlah sudah sambutan 100 tahun di sekolah Anderson, dan semasa sambutan itulah banyak gambar-gambar aktiviti-aktiviti yang aku paparkan pada blog kali ini. Dah lama aku snap gambar ni cuma tak publish lagi. Kat myspace ade la. Aku baru nak berjinak2 dlam bidang photographr ni. Barang sape yg tgk gambar-gambar ni. Sila la bagi komen. Jangan komen yg elok, komen yg x elok k. Sekuang2 nyer bleh la aku tahu ape kelemahan aku. Ok la, tgk2 la dlu gambar k.:)









"Hari ini har pertama aku buat blog"

Assalamualaikum semua. Hari ini, 27 Febuari 2009 adalah hari pertama aku buat blog ini.(orang nak ada aku pon nak, hehehe...).Aku sebenarnya dah lama nak buat benda ini. Tapi aku tak kesempatan. Lagi pon aku tak pandai nak tulis2 ni, hak3.. Maklum la, bukan nya penulis pon Ni pon member aku yg pelawa(are-long), die kate "buat la blog ni, bukan susah pon", so, aku buat la demi geng 40, hak3...Hah!!! aku nk cerita sikit pasal hidup aku.Hari ni hidup aku jalan seperti biase. Tiap2 minggu same je. tak de perubahan. Pegi keje, balik keje, maen dota, pastu pegi keje plak malam n then tdo(duit mara tak masuk lagi, cam ni la, heheheh...). Sungguh membosankan, huhuhu... Tadi aku baru pergi pejabat pos(dengan sopi). Pergh!!! tak ramai plak orang kan. Menyirap plak aku tnggu. Dah cam orang bodoh aku tunggu. Nasib baik ad kawan aku sowng ni (sopi). Macam2 kteowng citer, pasal lesen la, pasal ehemm2 la.. pasal ni la, pasal tu la.(xde kutuk mmbr2 k) hehehhe... Hidup aku sgt simple, tak de yg manarik pon. Ape yang ade depan mate aku sebat, hak3... Fuh!! mane aku citer, lain kali aku citer lagi ap yg berlaku kat diri aku k. Panjang2 pon bukan kowng bace pon. ckup lah buat mase ni. Nanti aku cite lagi ok. Aku nk siap2 nak g Solat Jumaat ni. Ade mase nnti aku tulis lagi k(tu pon kalo nak la, hak3). bubye, Assalamualaikum.



p/s: Untuk renungan kite bersama.

"Ikutlah dua perkara (Al-Quran dan Hadith) nescaya kamu tidak akan sesat selamanya"